Simple sangat, budak sekolah rendah pon boleh masak..Hahaha!

Untuk Spagetti:

1) 1/2 paket spegetti biasa atau wholewheat (dilembutkan)

2) 1/2 bawang bombay (dicincang halus)

3) 2 ulas bawang putih (dicincang halus)

4) Cili padi (ikut kepedasan yang diingini & cincang halus)

5) 1 sudu besar minyak canola / sunflower

6) Sedikit mixed herbs & serbuk garlic oregano

7) 2 sudu besar stok pati ayam

Cara penyediaan:

Panaskan minyak & tumis semua bahan cincang sehingga layu, masukkan air stok & biar didih. Campurkan spegetti & perasakan dengan mixed herbs & serbuk garlic oregano. kacau perlahan & tutup api.

Masa diperlukan: 7 minit

==============================================================================================

Untuk ayam:
1) 1 ketul ayam dada (dibersihkan lemak & kulit)

2) 1 sudu kecil minyak zaitun

3) 1 sudu kecil lada hitam dikisar kasar

4) 1 sudu kecil serbuk garlic oregano

5) sedikit mixed herbs

Cara penyediaan:

Gaulkan semua bahan ke seluruh ayam & perap selama 10minit (sekiranya anda mempunyai masa). Masukkan ke dalam oven selama 20minit dengan suhu 150-180darjah. Pastikan ayam tidak ‘overcooked’ bagi memelihara kelembutan isinya.

==============================================================================================

Untuk salad:

1) sedikit salad hijau coral

2) sedikit salad ungu

3) 2biji tomato ceri

Cara penyediaan: 

Campur semua & hidang bersama ayam & spegetti.

==============================================================================================

Jumlah kalori satu hidangan sebegini : 520kcal (porsi besar untuk 2 orang makan)

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen