Vagina adalah mahkota paling berharga buat kaum wanita. Seperti aset tubuh bernilai yang lain, bahagian penting ini juga perlu dijaga kebersihannya. Menjaga vagina agar sentiasa bersih dan harum akan meningkatkan keharmonian rumah tangga sekali gus mampu memancing ghairah suami….
Vagina yang berbau kurang enak sering kali membuatkan si suami merasa enggan atau segan menggauli isterinya. Malah seperti yang pernah dilaporkan akhbar Utusan Malaysia, jelas memperlihatkan bahawa isu remeh tentang penjagaan kebersihan diri juga menjadi punca berlakunya peningkatan kes perceraian pada pasangan. Berdasarkan laporan tersebut, di dapati peratus kes perceraian di negara ini mencecah 22% sejak beberapa tahun lalu dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang.
Dalam berbicara mengenai kebersihan vagina, pasti ramai yang pernah mendengar “luahan” yang mengatakan bahawa alat genital wanita ‘berbau hamis seperti ikan’? Keadaan ini secara tidak langsung membuat anda resah dan tertanya-tanya adakah vagina anda juga turut berbau seperti itu
Realitinya, menurut Pakar Psikoterapi yang juga merupakan penulis The Unofficial Guide to Dating Again, Dr TinaTessina, Miss V seorang wanita sememangnya mengeluarkan bau. Bau tersebut menurutnya terhasil disebabkan hormon pheromenes yang dikatakan berfungsi menjadikan seorang wanita kelihatan menarik di mata pasangannya. Bagaimanapun, bau semula jadi Miss V tersebut tidak hamis seperi bau ikan atau tidak enak seperti bau ketiak.
(Gambar kiri : Rupa keputihan normal, Gambar kanan: Rupa keputihan bermasalah)
Kelainan aroma dari daerah bawah seorang wanita biasanya dapat dihidu suami. Meskipun baunya tidak menyengat, namun aromanya masih dapat dihidu dengan jelas oleh pasangan. Malah kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Tina Tessina yang mengatakan bahawa bau vagina akan semakin kuat terhidu apabila dijangkiti kulat. Dalam pada itu, penyebab lain yang menjadi punca vagina berbau adalah disebabkan berlakunya infeksi penyakit menular seksual seperti chlamydia, herpes genital atau gonorrhea.
Menurut kajian juga, di antara wanita yang sering menghadapi masalah keputihan adalah wanita yang:
- Sibuk & menghadapi masalah stress setiap hari
- Obesiti
- Aktif bersenam / bersukan
- Kuat berpeluh
- Mengandung / selepas bersalin
- Rajin melakukan aktiviti seksual
- Penggunaan kepelbagaian ubat-ubatan (menganggu sistem imunisasi badan)
- Malas mengeringkan vagina selepas membuang air
- Tidak memakai ‘pantyliner’ ketika mengalami masalah keputihan
- Hormon tidak stabil / mempunyai masalah hormon
Jadi, para wanita sekalian, tanya lah diri anda BAGAIMANA CARA NAK ATASI??
- Bersihkan selalu organ intim anda. Bersihkan dengan menggunakan pembersih yang tidak menyebabkan gangguan kestabilan pH pada daerah vagina anda (seperti Feminine Wash Jamu Susuk Dara yang diperbuat dari bahan asli)
- Jangan menggunakan bedak bertujuan membuat vagina harum atau kering. Bedak sangat kecil dan halus, hal ini mudah terselit dan tidak dapat dibersihkan, sehingga mengundang datangnya kulat pada vagina.
- Keringkanlah selalu vagina anda setelah mandi, cuci vagina sebelum anda berpakaian
- Pakailah selalu pakaian dalam yang kering. Selalu sediakan “pantyliner” bagi langkah bersiap sedia.
- Gunakan seluar dalam yang memiliki pori-pori cukup, elakkan yang ketat, hal ini dapat menyebabkan sirkluasi di daerah kewanitaan terganggu.
- Gunakan seluar dalam dari material cotton.
- Rajin menukar tuala wanita ketika datang haid.
- Panty liner digunakan saat dirasa perlu saja, jangan digunakan terlalu lama atau kerap.
- Jika anda stress, ambil waktu bercuti anda, rileks kan pikiran anda sejenak. Stress juga dapat memacu keputihan.
- Sekiranya anda banyak melakukan aktiviti yang mengakibatkan anda kepenatan, letih dan berpeluh, segera mandi & berikan penekanan akan kebersihan vagina anda
- Belajar meruang dari yang pakar kerana membersihkan dalam vagina dengan cara yang betul, mampu menyelamatkan mahkota anda
*************************************************************************************************************
Sumber perkongsian dari:
Puan Nadjwa,
Perunding JSD
*Dapatkan khidmat konsultasi PERCUMA melalui Whatsapp 0135965590*