Terpaling SERABUT OTAK bila bazaar ramadhan tiba waktu kita dah konsisten diet nak kurus, kan??
Bagus & tahniah sebab korang antara manusia yang paling SEDAR DIRI sebab ramai kerasukkan bila tiba wujudnya bazaar ramadhan setahun sekali. Tak kira lah yang berpuasa & tak berpuasa.

Kenapa ya ada jugak orang yang kurang berkenan bila tibanya bazaar ramadhan?

  1. Harga kebanyakkan makanan ibarat sembelih orang hidup-hidup mahalnya. Al maklumlah, juadah tu ada terjual waktu bulan ramadhan jer, bulan lain xjumpa punya. Harga Yahudi yang orang yahudi pon geleng kepala kalau tengok.
  2. Tak semua sedap dan memuaskan citarasa selera kita. Kadang-kadang dia punya kedekut tahi hidung masin, inti karipap angin.. Paling tak boleh terima bila terkena dengan rasa mengarut. Bertambah teruk bila terbeli makanan basi atau rosak, recycle beberapa hari, mau food poisoning di buatnya!
  3. Konfirm bab kebersihan susah nak dijaga bagi sesetengah peniaga. Keletihan berniaga ni bukan kaleng-kaleng, tak semua peniaga rajin nak sental periuk berkerak sampai bersih setiap kali bazaar tamat. Tak semua peniaga nak masak air untuk buat air batu & pernah viral buat air minuman berperisa dari air paip tanpa dimasak dahulu. Ini bukan tuduhan melulu, CDS pernah berniaga dibazaar satu ketika dahulu & melihat gelagat segelintir peniaga yang culas bab2 keselamatan makanan ni.
  4. Tapi disebabkan nafsu bergelora, perut pun dah kelaparan dek sepanjang hari berpuasa (yang tak bangun sahur lagi kritikal laparnya), mula lah berbelanja boros beli itu ini. Berbuka dengan penuh meja. Mewah! Bila perut dah sendat, mula rasa berdosa. Baru fikir nak diet esok. Nak solat terawikh pon badan dah letih & mata dah mula berat.
  5. Yang ni gejala mak-mak yang letih balik kerja & malas nak fikir masak apa.. Bulan puasa kebanyakkan majikan bagi pelepasan pekerja untuk balik awal. Instead of terus drive balik, mak-mak ni lebih suka berjalan membeli belah di bazaar. Beli makanan berbuka & balik terus hidang. Jimat tenaga & masa. Sebab nak fokus pada amal ibadah & keluarga, kan?

PERINGATAN KERAS:
Program ini tiada niat ingin jatuhkan bazaar ramadhan. Ini hanyalah usaha kecil mendidik diri kita menitik beratkan kesihatan dari penjagaan pemakanan secara konsisten walaupun pada bulan Ramadhan. Ia juga  melatih diri mengurangkan pembaziran berbelanja luar keperluan. Peserta masih diberikan 2x peluang menyokong bisness bazaar (optional). Jadi, usah berburuk sangka tujuan sasaran program ini. Bazaar juga adalah tempat kita menyokong peniaga2 kecil  mencari  sumber pendapatan dibulan puasa. InsyaAllah, bersangka baik. Peace, no harm!

CDS terangkan sedikit Q & A program online coaching CABARAN KURUS 2023: 30HARI TANPA BAZAAR RAMADHAN ni.

Objektif  utama program ?
– Dalam Islam dah mengingatkan kita mengutamakan kehidupan & amalan bersederhana walaurezeki kita mencurah setiap hari. Pembaziran itu amalan syaitan. Senario masyarakat kita setiap kali berlaku ramadhan : amalan shopping sakan di bazaar ramadhan hampir setiap hari. Based of some media sources, Malaysia di antara negara KETIGA paling banyak pembaziran makanan selepas Germany & UK. Program ini membantu kita melatih kawal nafsu & tetap menjaga kualiti pemakanan kita supaya kita tidak membantu kenaikkan statistik obesiti negara setiap tahun. Ramai sasarkan kurus sebelum hari raya? Ada yang mudah kuruskan badan waktu raya tetapi naik berganda selepas raya. Dalam program ini kita akan belajar dalam pengurusan berat badan sepanjang berpuasa supaya tidak “binge eating” (balas dendam) di hari raya nanti. Terpaling penting, ilmu amalan pengurusan berpuasa secara sihat ini akan korang belajar nanti & boleh digunakan sampai bila-bila.

Bila & berapa lama program ni. Coach?
– Program berlangsung sepanjang Ramadhan. Dari hari pertama Ramadhan hingga hariterakhir Ramadhan nanti. Beberapa hari sebelum mula cabaran, CDS akan berikan briefing program & setiap hari akan ada task2 cabaran yang peserta wajib ikut sekiranya ingin menang duit raya dihujung program nanti.

Berapa harga yuran & apa yang saya dapat dari program?
– Harga kasih sayang RM180 hanya untuk 10orang peserta terawal sahaja. Konsep program: CABARAN = PERTANDINGAN .  Macam-macam korang dapat : Coaching & task melalui video2 & live dari CDS, 20 Resepi Bazaar Ramadhan versi rendah kalori, Fitness Diary , cadangan pelan pemakanan & senaman, sesi konsultasi & group support bersama kawan2 yang lain sehingga habis program.

Wow! Ada hadiah ker Coach?
– Setiap kali Ramadhan, Coach DS suka memberi buah tangan kepada anak didik yang sanggup bersungguh2 membuktikan dia mampu laksanakan cabaran yang diberikan sepanjang 30hari. Sebab tak ramai yang sanggup walk the talk. Yang sanggup itu, banyak pengorbanan & aturan strategi yang mereka lakukan demi merealisasikan sasaran jangka masa pendek mereka.

Saya layak ker join program ni?
– Selagi korang bukan kerja dalam bidang fitness, health, sport or medical, korang layak join. Pastikan BMI korang tahap overweight ke atas. Itu jer syaratnya.  Lelaki boleh, perempuan boleh & non muslim pon boleh.

Coach, memang tak boleh sentuh makanan yang dibeli dari bazaar langsung ker?
– Haaa… Bagus soalan.. CDS bagi 2hari talian hayat dimana korang boleh gunakan sekiranya TERDESAK.  Contoh seperti terpaksa balik kampung & makan apa yang di hidangkan. Ada majlis buka puasa ker dan lain-lain yang membuatkan korang terpaksa gunakan talian hayat ni. Tapi kalau xguna lagi bagus.. Besar peluang untuk menang!

Kena masak sendiri ker Coach?
– Paling afdal masaklah sendiri, kalau tak reti masak mintak tolonglah keluarga masakkan. Jangan cuba cuit-cuit makanan dari bazaar. Anggaplah korang memang tengah berdiet serious supaya jadi topik bualan HOT makcik pakcik membawang bila balik raya nanti. Topiknya: “Kau nampak kurus wehh!! Apa tips kau buat??” Jujur pada diri sendiri, fitness tak pernah tipu kita.

Apa kriteria nak menang, Coach?
1) Purata peratusan penurunan berat badan & peratusan lemak tertinggi.
2) Tak pernah guna talian hayat (kalau terguna tak mengapa. Dont be too hard on yourself. Enjoy your habit changing. Menang kalah itu, rezeki masing-masing).
3) Segala tugasan/cabaran yang diberikan setiap minggu telah dilaksanakan dengan baik & di report dalam instagram peribadi anda (pastikan Coach dah check semua).
4) Effort korang konsisten educating masyarakat thru media social tentang progression korang sepanjang cabaran sebulan ini.
5) Kerajinan korang ambik gambar & kongsi masakan/menu sihat yang korang buat sepanjang Ramadhan
6) Setiap kali berjaya melaksanakan hari tersebut, masukkan seringgit dalam tabung ayam masing2. Tabung ayam paling meriah di akhir bulan Ramadhan boleh buat beli make up raya.. hahaha..
7) Pemenang akan di adili mengikut kategori paling ramai (lelaki ker, perempuan ker, muslim ker, non muslim ker, dll).

Coaching online ni kena sentiasa hadap telefon jer, Coach?
Tidak! Ikut masa masing2 kerana CDS coaching melalui rakaman video. Jadi korang boleh study anytime. Hanya seminggu sekali sahaja kita akan ada LIVE workout class petang Sabtu pukul 4 sebelum berbuka. Ia bertujuan kita dapat workout bersama & kasi bakar semangat bersama. Bukan senang kita nak bersenam waktu tengah berpuasa. hahaha.

Saya kerja related dengan fitness, tapi saya nak sangan join cabaran ni?
Boleh cuma anda awal2 tidak akan dipilih sebagai pemenang supaya peserta-peserta yang lain rasa ianya adil.

Saya ada masalah kesihatan & injuries, boleh join ker?
Boleh, yang penting korang tulis dalam borang PARQ yang telah disediakan. CDS tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan/kecederaan yang berlaku sekiranya anda tidak “clarify” masalah kesihatan anda dalam borang tersebut.

Saya kerja shift, sesuai tak?
Agak mencabar sedikit tapi tak jadi masalah. Dalam borang PARQ akan ditanyakan lebih lanjut butiran peribadi korang.

Boleh join tak kalau breast feeding mom  atau pregnant mom?
Breast feeding should be ok akan tetapi jangan terlalu letakkan matlamat turunkan berat badan drastik, kejarkan pada menjaga milk production & ubah eating habit kepada healthier pattern. Bagi pregnant mom, tiada elemen “nak kurus” sepanjang sertai program ni. Korang hanya perlu fokus kepada tukar eating pattern kepada healthier version.

Saya pernah join batch lama, boleh join lagi tak kali ni?
Boleh, sebab versi kalini berbeza dari yang lepas.

Saya/family niaga kat bazaar. Hari hari bawak balik makanan bazaar. Boleh tak saya nak join cabaran ni?
Susah kalau macam tu sebab awal awal dah lari konsep. Sekiranya niat masuk untuk belajar ilmu diet waktu ramadhan, boleh. Kalau untuk menang, agak rumit disitu.

Bila saya perlu laporkan report terakhir sebelum keputusan final keluar?
Peserta WAJIB laporkan report 2hari sebelum 1 Syawal. Kegagalan korang buat begitu adalah kerugian diri sendiri.

Kalau saya tak buat tugasan/cabaran, boleh tak?
Boleh jer tapi point kurang. Kita punya point system akan menentukan point2 peserta di akhir program.

Kalau tak pegi bazaar, tapi beli makanan kat kedai boleh tak coach? Tak sempat masak.
Jangan lupa konsep program ini, kurangkan beli makanan ready made diluar kecuali peserta beli stok makanan sihat RTE & memang tak sempat nak masak langsung. Boleh diterima tetapi bukanlah kriteria pemilihan sebagai pemenang.

Berminat nak cabar diri ubah amalan gaya hidup sihat selama 30hari ramadhan ini??
Ok, roger2 terus CDS dengan klik sini:

DAFTAR SINI

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen