Sepanjang trimester pertama ni boleh dikatakan hampir setiap hari DS bermimpi.

Yang membezakan mimpi tu, kalau DS tido dengan ada wudhuk, mimpi semua yang best-best jer, mimpi babylah, mimpi my baby dah jadi 3years old daughter yang datang on my bed pagi-pagi kejutkan dari tidur, mimpi p jalan-jalan lah… Tapi bila DS tido tanpa air wudhuk atau terlepas solat Isyak ker, mesti mimpi hantu.. Eiyy! Pelik betul orang mengandung ni. Macam-macam pengalaman. Bila DS study, dalam kajian mengatakan waktu trimester pertama lah preggy mommies selalu kuat mimpi sebab mommies ni banyak sangat berfikir. Betullah tu..

Al kisah suamiku yang tak abes-abes marathon drama antu dalam laptop die… Kadang-kadang terganggu jugak nak tido bila die sibuk tengok cerita antu sebelah kita kat atas katil tu… Cuma yang bagusnya dia mengalahlah kalau DS dah rasa terganggu sangat waktu nak tidur.. Bukan apa, kadang-kadang bila die tengok cerita macam tu, aura tu lekat kat kita pulak. Kita yang mimpi bukan-bukan. Dahlah orang ngandung 1st trimester ni kuat mimpi pelik-pelik time tidur.

Jadi dari segi pandangan saintifiknya, cam mane benda ni boleh berlaku peak dalam trimester pertama ni??

Apakah yang menyebabkan saya sering mendapat mimpi-mimpi aneh

Semasa hamil, mimpi-mimpi anda sering kali lebih pelik daripada biasa. Ramai wanita yang berkata mereka mimpikan seks, haiwan yang bercakap dan bangunan besar dan tinggi. Mimpi-mimpi yang sangat jelas ini mencerminkan fikiran dan perasaan anda mengenai kehamilan, yang mungkin berubah dari sehari ke sehari. Emosi anda berbeza, daripada gusar kepada teruja mengenai perubahan dalam badan dan hidup anda. Mimpi mungkin satu cara mengumpulkan kesemua pengalaman dan fikiran anda sepanjang hari.

Biasanya anda akan melalui beberapa tahap tidur. Anda akan terawang-awang ketika tahap sangat mengantuk dan kemudian memasuki tahap tidur ringan dan seterusnya tahap pergerakan mata cepat (rapid eye movement – REM), iaitu tahap di mana anda mula bermimpi, dan masuk ke tahap tidur nyenyak. Kemudian anda akan kembali ke tahap REM dan tidur ringan sebelum masuk ke dalam semula.

Tetapi semasa hamil, kemungkinan besar ada sahaja perkara yang berlaku pada waktu malam yang menyebabkan anda naik ke permukaan dan terjaga. Samada kejang kaki, perlu membuang air kecil atau sekadar cuba untuk menyelesakan diri, ada sahaja perkara yang menghalang anda daripada masuk ke tahap tidur nyenyak.

Tidur yang terganggu membuatkan anda lebih berkemungkinan mengingati mimpi anda semasa tahap REM. Kita biasanya hanya mengingati mimpi kita apabila kita terjaga semasa bermimpi. Oleh sebab itulah ia kelihatan seperti anda lebih banyak bermimpi, dan oleh kerana anda dapat mengingatinya dengan jelas, ia kelihatan seperti nyata.

Bagaimana pula pandangan dari sudut Islam?

Pertama, mimpi adalah bisikan hati, berawal dari suatu keinginan yang begitu kuat atau sebaliknya ketakutan teramat sangat tentang suatu hal, sehingga sampai terbawa kedalam mimpi. Misalnya Anda sangat ingin hamil, karena saking kuatnya keinginan tersebut, sampai-sampai terbawa ke alam bawah sadar (sugesti) dan jadilah mimpi. Paham?

Gampangnya seperti ini, semakin kuat Anda memikirkan sesuatu kejadian, maka mimpi itu akan hadir dalam tidur.
Kedua, mimpi karena ditakuti setan atau mimpi buruk yang menakutkan. Kejadian ini biasanya karena sebelum tidur lupa baca doa, sehingga setan mudah untuk masuk ke alam bawah sadar kita dan menakuti kita dalam bentuk mimpi buruk.
Untuk itu sangat dianjurkan sebelum tidur baiknya ambil wudhu terlebih dahulu kemudian baca do’a “Bismika Allahumma Ahya Wa Bismika Ammud” sebanyak 3x.
Ketiga, mimpi adalah kabar gembira dari Allah. Inilah yang disebut dengan tanda-tanda anugrah Allah. Karena kuatnya niat dan Anda sudah mengharapkan untuk cepat hamil sejak lama, kemudian diusahakan secara istiqomah dengan berdo’a dan ikhtiar. Suatu malam ketika tertidur lelap Anda diberi mimpi hamil. Tak sedikit orang yang dikejutkan dengan mimpi indah ini, maka beruntunglah Anda yang keinginannya di ijabah oleh Allah.
 ==============================================================================================
 Pendapat DS: Mimpi tu permainan tidur. Lebih – lebih lagi di awal trimester ni, hormon dalam badan preggy mommies yang tidak begitu stabil membuatkan emosinya sedikit terganggu. Oleh sebab itu mommies banyak sangat berfikir sepanjang trimester ini, lebih cenderung berfikiran negatif. Belajar kawal diri & banyakkan bersenam supaya hormon yang dirembeskan dapat dikawal. Apa yang DS buat setakat ni hanya bergantung kepada solat, banyakkan baca Al-Quran & zikir2 untuk tenangkan hati & tak lupa juga bersenam seperti yoga & briskwalk. Diet juga perlulah yang sihat supaya badan kurang meragam.
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen