Bahan – bahan:

-1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
– 1 cawan tepung gandum
– 1/2 camca teh baking powder
– 1 cawan air (kurang lebih)
– Secubit gula halus (optional)
– Garam secukup rasa
– Kelapa gaul bersama sedikit garam sebagai topping (gunakan garam bukit)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 – 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama topping kelapa gaul garam.
*gambar dari sumber encik google
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen