Mabuk Hamil atau lebih biasa kita panggil Morning Sickness sememangnya sinonim dengan ibu mengandung. Yang paling teruk bila first time pregnant di mana badan agak terkejut dengan perubahan hormon yang mendadak berlaku dalam badan. Jadi, apa yang menjadi punca Morning Sickness / Mabuk Hamil?

Rasa tidak selesa & mual-mual ini selalunya berlaku pada minggu ke 6, tetapi ada juga yang berlaku seawal minggu yang ke 4 (sepertimana yang DS kena aritu).  Ini menjadi petanda jika seseorang itu mengandung. Waktu kemuncaknya akan berlaku pada minggu yang ke 9 (dimana hampir berlaku kat DS sekarang) dan selalunya akan reda sedikit pada minggu yang ke 12, tapi tak semua ibu mengandung melalui pengalaman yang sama. Ada ibu-ibu yang mengalami mabuk ni sehingga trimester ke3, kesian sangat.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan / mengawal Morning Sickness ini:

1) Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap setiap 2-3jam. Kalau anda memang dah biasa hidup dalam keadaan healthy lifestyle, semestinya perkara ini dah tak jadi masalah pada anda. Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit selalunya kita aplikasikan dalam proses menurunkan berat badan, akan tetapi kali ini ia bertujuan menstabilkan asid dan hormon yang kerap dirembeskan dalam badan ibu mengandung supaya rasa loya di tekak dapat dikurangkan.Perut yang kosong sangat mudah untuk trigger mual disebabkan keadaan gula yang rendah dalam darah.Jadi jangan amalkan tabiat perut yang kosong sepanjang mengandung ini. Mungkin sebelum  mengandung, kita dah terbiasa makan 3x sehari, tapi kali ni ibu-ibu kena berusaha untuk mengubah jadual & cara tabiat pemakanan demi kesihatan kandungan. Pastikan makanan yang di makan adalah sihat & elakkan snek-snek yang merapu. Apa snek merapu? Nanti DS listdown kan.

2) Amalkan makanan yang mudah dicerna seperti smoothies, yogurt, agar-agar sihat, buah-buahan segar, sup, cereal, mashed potato, beras rebus, roti bakar & pasta kosong.

3) Elakkan makanan yang lambat di hadam, berlemak, berminyak, pedas & bergoreng. Oh tidak! Memang susah pada kebanyakkan ibu-ibu untuk tinggalkan makanan2 jenis ni sebab kita ni orang Malaysia memang ari2 makan makanan pedas & berminyak. Kalau boleh cuba kurangkan. Kalau dapat elakkan lagi bagus. Kita pon taknak kenaikkan peratusan lemak badan terlalu tinggi waktu mengandung ni.

4) Makan makanan yang penuh dengan nurisi bagus. (Rujuk post : Panduan Pemakanan Sihat Ketika Mengandung

5) Sentiasa hydrated!! Sangat sangat sangat lah penting minum banyak air. Sebab orang pregnant ni kerap buang air kecil dan perubahan hormon membuatkan teksture kulit, rambut & kuku menjadi kering. Always be moist !! Jangan pandang remeh pada pengambilan air setiap hari ya. Kekurangan air juga boleh mengganggu proses kandungan. Kalau rajin, setiap hari sapu lah body butter pada kulit badan & pastikan ingredients dalam body butter tersebut adalah sesuai untuk ibu mengandung.

6) Elakkan pakai baju ketat atau jenis fabrik yang menghalang pengudaraan yang sempurna. Disebabkan perubahan hormon juga, suhu badan ibu mengandung tidak menentu. Adakalanya panas sehingga berpeluh. Jadi saran supaya memakai baju yang longgar, selesa & pengudaraan yang lancar.

7) Sekiranya datang waktu kronik muntah & mual, amalkan minum teh panas peppermint atau teh halia & jangan lupa rendamkan beberapa hirisan lemon ke dalamnya. Ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan mual tekak.

8) Standby snek-snek sihat dalam peti ais seperti kekacangan atau buah-buahan. Kurangkan makan snek merapu. Orang mengandung mesti kena makan asam ker untuk elakkan mual? Eh, tak semestinya. Anda perlukan lebih vitamin c yang boleh didapati dalam buah citrus.

9) Kalau tak boleh bau bahan tumisan, cuba elakkan masak masakan yang perlu menumis. Kalau tanya DS, DS just lebih berselera makan sandwiches, pitas, grill dalam oven atau sup yang tak perlu ditumis. Memang tekak tak larat nak tahan bau tumisan. Sure muntah! Jadi kena lah makan yang fresh saja.

10) Rajin cari resepi-resepi yang mudah nak sediakan. Al maklumlah kan kita pompan ngandung ni tak larat nak berdiri lama-lama.. Kepala macam berpusing-pusing jer gitu. Kalau boleh takmo dok lama-lama kat dapur, cepat jer nak masuk bilik terjun atas katil. Hehehe.. Don’t worry, DS akan study kan resepi2 mudah untuk anda semua sepanjang my journey ni. Harap dapat memudahkan journey 1st trimester anda semua juga.

11) Sebelum tidur, minum susu suam & jangan lupa makan PreVit & Folic Acid anda. Ada orang makan waktu pagi, it depends. DS makan sebelum tidur bagi mengelakkan rasa nak muntah selepas makan suppliments tu semua. Jangan lupa standby biskut kering kat tepi katil taw!! Bila bukak jer mata, capai biskut tu & kunyah slowly, tujuan dia bagi stabilkan gula dalam darah anda.

12) Setiap kali bangun tidur, jangan terus bangun! Baring-baring dulu, then duduk dulu, kemudian turunkan kaki di tepi katil & relex, pastu baru bangun slow2.. Tu advice dari adik ipar DS which is seorang doktor perubatan di Singapore.

13) Always standby apa-apa minyak angin atau vicks dalam handbag. Sangat-sangat berfungsi sepanjang 1st trimester ni.

14) Kalau rasa tak boleh jadi penumpang, jadilah pemandu. Ada setengah ibu mengandung die cepat mabuk kalau jadi penumpang, tapi bila die yang drive sendiri, tak pulak mabuk. Hehehe..sayew lah tuwww…

15) Bila tidur, baring mengiring & alas/peluk bantal, ini bagi mengelakkan pedih ulu hati. Bila berlaku pedih ulu hati, senang untuk trigger rasa muntah. Walaupun bump pada perut belum besar, tabiat tidur macam ni perlu di practice seawal yang boleh.

16) Rajin berinteraksi dengan ibu atau kawan-kawan yang dah berpengalaman. Dengan cara ni anda boleh dapat banyak info! Amaran: tak semua info yang anda terima dari orang keliling, adalah benar. bezakan yang mana fakta & fiksyen.

17) Kena rajin keluar rumah & berjalan. Uisyhh.. part ni paling lemah..memang tak larat nak keluar rumah. tapi kena paksa jugak. setiap petang, kne pegi briskwalk kat taman, setiap pagi buat yoga kat depan rumah. just keluar jer! jangan biarkan diri terperap macam pekasam!

18) Think POSITIVE!! yup, 1st trimester ni memanglah mencabar segalanya. Nak tak nak, think positive!! Bila fikir positif, hormon stress dapat dikurangkan & hormon gembira dapat balancekan keadaan badan yang lemah. POSITIVE! POSITIVE! POSITIVE!! YES!! I CAN DO THIS! I CAN DO THAT!!

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen