Genaplah hari ni hari ke 4 melayankan keperitan demam campak ni…
Suprise Suprise DS !
Seronok main Dodgeball dengan budak-budak MFC (Mesotropin Fitness Challenge) sampai tak ingat doniaaa…
Misi Mesotropin Fitness Challenge 2.0 Bermula !
Dah sampai masa bagi korang walk with the talk kan?
Maksud I, korang dah achieve tak azam setiap kali tahun baru yang korang beriya-iya kata nak lose weight by end of this year?
Dah achieve ker belum? Kalau belum takkan tahun ni nak ulang azam yang sama?
Goal nak kurus tapi tak kurus-kurus jugak setiap tahun, makin bertambah kilo & membulat ada lah kan?
Resepi Serunding Halia & Bawang Putih
Bahan – bahan:
Halia – sagat & perah buang jus
Bawang putih – hiris nipis
Ikan bilis
Lada hitam – tumbuk
Cara Penyediaan:
- Goreng angin (air fryer) / goreng sangai halia, bawang putih & ikan bilis secara berasingan
- Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati
- Sejukkan & simpan dalam bekas kedap udara

Resepi Sambal Ikan Bilis Berkunyit
Bahan – bahan:
Ikan bilis sagai (goreng tanpa minyak)
Bahan tumbuk
Bawang merah
Halia
Kunyit Hidup
Lada Hitam
Air asam jawa
Cara Penyediaan:
- Tumbuk semua bahan (kecuali air asam jawa)
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali dan tumiskan bersama air asam jawa sehingga wangi

Online Group Training: Si Kering Vs Si Gedempol
Raikan perbezaan mereka yang terlalu kurus dan yang terlalu berisi.
Betol! Kecantikkan itu memang datang dari pelbagai sudut dan bentuk kan? Akan tetapi kecantikan tubuh badan sahaja tidak memadai kalau kesihatan dalaman kita tak dipelihara dengan betul.
Tak ramai tahu jadi si Kurus itu adalah satu penyeksaan dan ramai sahaja lebih gemar pandang serong pada mereka yang berlebihan berat badan. Di sini Coach DS nak bukak minda korang untuk selami isu-isi yang dialami oleh si Kurus & si Gemok dalam harian hidup mereka:

Si Gedempol (berlebihan berat badan):
1) Asal shopping baju jer, mesti susah cari size besar. Dah pusing-pusing 3-4 shopping malls, payah benar nak ada size. Kalau ada size pon, design baju huduh amat. Kadang-kadang terpaksa ajelah beli sebab tiada pilihan lain. Sedihh..sob..sob..sob.. Tu belum promoter baju buat muka mintak pelempang sebab rasa susah nak layan si gedempol ni cari size.
2) Bila naik kapal terbang atau public transport, orang keliling akan bagi pandangan “isyhk si gemok ni, makan ruang betol!” dan ramai akan cuba cari tempat lain supaya tidak duduk dekat dengan si gedempol ni. Memang tak selesa bila si gedempol terpaksa berselit dalam public transport nak-nak waktu peak hour. Berkicap ketiak wa cakap sama lu!
3) Masalah kesihatan? Ape tu?? Tak payah cakap laahhh hakak abang oiii.. Pernafasan pon dah bunyi macam semput, demam/tak sihat badan tu memang selalu. Lemau, lemah, lembik, you named it! semua ada! Penyakit kronik tu kena cerita chapter seterusnya, macam-macam hal. Ada yang sampai tak mampu berikan zuriat dan diugut untuk diceraikan.
4) Pergerakkan macam siput panjat gunung Kinabalu, very lah the seloowww motion. Buat apa kerja selow dan cepat penat. Mood swing segala bila orang keliling membawang pasal prestasi kerja yang tak berapa cemerlang tu. Tak ramai bos berkenan nak ambik staff buat kerja slow motion dan selalu mintak cuti sakit. Tu belum kena jaga orang tua sakit/anak/suami/isteri/oku kat rumah. Lagi perlukan kecergasaan bergerak sana sini.
5) Bau badan toksah cakaplah..Mandi 5x sehari pon badan kuat berpeluh dan berbau. Baju maintain basah peluh memanjang. Biasalah, lagi berat seseorang tu, lagi banyak dia bergerak, lagi senang pembakaran kalori berlaku. Tu yang berkicap memanjang.
6) Waktu makan atau beli makanan, mesti ada langau lalat beruk tegur: “Larrr..patutlah badan gemok. Kau makan ker melantak ni? Diet lah weehhh!! Badan dah macam nak meletup!.” Tapi kang bila time si gedempol diet, beruk berbunyi: “Wow! kau tengah dieett kerrr?? diet macam mana pon, macam tu jelah kembang aku tengok badan kau..”
7) Rasa insecurities dengan badan sendiri setiap kali tengok badan orang lain tiada masalah berat badan. Nak-nak bila pergi gym ker, hari terbuka sekolah anak ker, tertengok gambar artis ker. Sure akan kondem rupa diri sendiri. Pegi lari nangis belakang ceruk peti ais mengenangkan penyesalan badan gemok. Sejam kemudian, dari duduk belakang peti ais, mula lah dia duduk depan peti ais cari apa yang boleh di kunyah.
8) Hubungan intim dengan pasangan jadi tak power! Ehem ehem..ni kisah orang dah kawen saje…. Si gedempol ni tak larat nak bertahan lama sebab hubungan intim perlukan kadar ketahanan jantung yang tinggi. Boleh meletop jantung kalau tak berjaga-jaga.
9) Sentap gila bila budak 3tahun panggil GEMOKNYA DIA! Ye lahh..bukan niat budak tu nak cari nahas, dia cuma expresskan apa yang dia nampak & perkara dia baru belajar. Nak tambah garam pada luka lagi bila budak tu tanya kat mak dia: “Mama kenapa pakcik tu gemok sangat? Dia makan banyak sangat ker? Dia tak exercise?”.. Si hemak pon speechless tak tahu na jawab macam mana.
10) Bila si gedempol balik kampung, topik paling hot antara adik beradik, mak pak sedara, jiran sekampung adalah betapa makin besarnya badan sipulan ni. Hummm…Membawang time!!

Si Kering (kurang berat badan):
1) Naik menyampah dengar netizen suka cakap:”Untunglah kau, makan banyak banyak badan maintain kurus saje..” Tapi dorang tak tahu kolesterol & visceral fat si kering ni tinggi yang senang diserang masalah jantung. Luaran mungkin nampak kurus, tapi kat organ dan saluran darah, lemak bertepek tepek.
2) Terpaksa makan mengalahkan jembalang hanya nak pastikan berat badan tak makin turun. Sumbat macam macam dan sentiasa mengunyah. Di penghujung minggu, naik penimbang, rasa macam nak buat smack down tengok angka kat penimbang maintain kurus keping!
3) Ayat pertama bila orang jumpa si keping ni adalah “Kenapa kau makin kurus / kenapa kau kurus sangat ni?? Kesiannn.. Tak cukup makan ker macam mana??” Perrghhh.. Nak aje sekop kepala orang tu dengan kain Pak Lebai yang seminggu tak berbasuh tu. Kau tak mengerti maksud METABOLISMA TINGGI KER??
4) Paling menyampah cari kasut atau jam! sebab takde size yang bersesuaian. Dahlah baju kena pakai size budak! Takkan nak pakai kasut & jam size budak?! Bertambah gila bila setiap bulan size badan makin menyusut. Pakai semua menda nak terlondeh sampai kena ikat dengan getah sayur atau pin dengan pin lampin budak. Tragis.
5) Aset tak melimpah! Takde daya tarikan langsung. Leper sekeping papan saje. Pakai apa baju semua tak cantik. Kawan berlawanan jantina tengok pon xde selera nak pikat walaupun dah dress up se cun Neelopa.
6) Bila naik kereta sesak, selalu dipaksa duduk atas riba. Wehh! Apa korang fikir dia kanak-kanak bawah umur ker apa? Bila pegi restoran, kadang-kadang disuruh order kids plate sebab takut tak habit. Pergh, menyirap!!
7) Asal sakit atau kena period pain jer, selera terputus. Takde selera nak makan. Bila stress dan penat, tidur lebih penting dari makan.
8) Bila kawan-kawan sindir & cuba pegang pegang nak rasa isi atau tulang, kemudian gelakkan sebab dorang rasa skinny ni jokes, si kering ni sebab taknak hilang kawan, terpaksa jadi sporting & gelakkan diri sesama dengan kawan. Bab kalau angin tiup boleh terbang tu, dah immune dah jadi bahan lawak.
9) TALI PIGGANG JANGAN PERNAH LUPA BILA NAK PAKAI SELUAR JEANS!
10) Terlupa diri sendiri keping kalau tak tengok gambar or cermin diri sendiri. Kalau berada dikeliling orang yang mengadu badan gemok, terasa awkward disitu…
==========================================================================================
Mendapatkan berat badan yang ideal bukan mudah bagi seseorang. Dan boleh jadi tekanan dalam hidup mereka.
Di sini Coach DS mereka bentuk program online coaching khas bagi mereka yang bertahun hidup dalam dilema berat badan tidak ideal.
Akan dibuka bagi batch seterusnya tidak lama lagi.
Whatsapp 0177022420 untuk dapatkan keterangan lanjut.
Resepi Bubur Berlauk
Bahan – bahan:
-Isi ikan tenggiri / merah / ayam
*bagi mengelakkan ikan hanyir dalam bubur, digalakkan bersihkan & rendam ikan bersama jus limau nipis & halia sebelum dimasakkan
– Beras (masakkan dahulu menjadi bubur nasi)
– Serunding halia bawang putih (klik sini untuk resepi)
– Sebuk stock ikan bilis (ikan bilis sagai & blend hingga jadi serbuk)
– Sedikit minyak bijan
– Daun bawang & sayur sawi yang diracik halus
– Sedikit garam bukit sebagai perasa (tak perlu letak garam sekiranya hidangkan bersama Sambal Bilis Berkunyit)
Cara Penyediaan:
1) Masak bubur nasi dahulu
2) Setelah bubur mendidih, masukkan semua bahan selebihnya
3) Didihkan sehingga isi ikan / ayam masak sempurna
4) Hidangkan bersamaIkan Sambal Bilis Berkunyit (klik sini untuk resepi)

Resepi Lempeng Kelapa
Bahan – bahan:
-1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
– 1 cawan tepung gandum
– 1/2 camca teh baking powder
– 1 cawan air (kurang lebih)
– Secubit gula halus (optional)
– Garam secukup rasa
– Kelapa gaul bersama sedikit garam sebagai topping (gunakan garam bukit)
Cara Penyediaan:
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 – 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap.
- Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
- Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama topping kelapa gaul garam.

Resepi Wrap Ayam Panggang
Bahan – Bahan:
– Isi ayam panggang black pepper (klik sini untuk resepi)
– Roti tortilla wrap wholegrain / wholewheat
– Sayuran salad
– Hirisan tomato & timun
– Hirisan lada benggala kuning
– Sedikit mayonis & sos cili
Cara Penyediaan:
1) Bakar perapan isi ayam hingga masak
2) Panaskan roti wrap atas kuali tanpa minyak supaya lembut & mudah dilipat
3) Sebaik sahaja roti lembut, susunkan ayam & semua sayuran
4) Perasakan dengan sos & mayo
5) Gulung roti atau lipat roti seperti melipat popia

Ikan Kukus Halia
Bahan-Bahan:
Ikan
Bawang Putih – hiris
Bawang Merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada Hitam – tumbuk
Lemon / Air Asam
Daun Ketumbar
Sedikit garam gula
Cara Penyediaan:
- Siang, cuci & rendam ikan dalam air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir selama 10min
- Basuh ikan & letakkan dalam pengukus
- Letak semua bahan atas ikan
- Kukus sehingga ikan masak
