Author

Diane Sera

Browsing

Resepi Sup Lobak Putih Merah

Bahan – bahan:

– Hirisan lobak putih & lobak merah
*pastikan rendam dahulu hirisan lobak putih dalam air garam bagi mengurangkan rasa pahit & baunya
– Bawang putih
– Bawang merah
-Daun bawang / daun sup
– Sedikit ikan bilis
– Sedikit lada sulah
– Sedikit garam & gula
– Air

Cara Penyediaan:

1) Tumbukkan bawang merah, bawang putih & ikan bilis
2) Panaskan air dalam periuk & masukkan semua bahan termasuk  lobak (jangan masukkan daun sup/ daun bawang)
3) Tutup periuk & biarkan sup direnehkan sedikit lama supaya bau lobak putih kurang
4) Setelah masak, tanurkan daun bawang / daun sup

*gambar dari sumber encik google

Panduan Pemakanan Sihat Ketika Hamil

Cakap pasal berpantang dengan makanan, bukan perlu di tekankan selepas bersalin saja, tapi ketika hamil & sebelum hamil pon kita dah patut berpantang dalam pemilihan makanan, demi kesihatan diri kita sendiri & bayi yang sedang “underconstruction” dalam perut kita. Ada orang, sebelum dia hamil, dia pulun betul-betul jaga makan sebab tak nak berat badannya naik tapi bila hamil dia main belasah semua makanan. Ada orang pulak, sebelum & ketika hamil, memang bedal jer apa-apa, memang tiada beza sebelum dan selepas…hihihihi… Anda yang mana satu??

Resepi Kerabu Pegaga

Bahan – bahan:

Pegaga (hiris halus)
Kelapa parut
Halia
Kunyit hidup
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Sedikit cili merah
Sedikit ikan bilis

Cara Penyediaan:

1) Tumbuk semua bahan sehingga lumat (kecuali pegaga & kelapa parut)
2) Gorengkan bersama kelapa parut tanpa minyak bahan yang ditumbuk sehingga garing & wangi
3) Masukkan pegaga & goreng sehingga pegaga lembut

*gambar sumber dari encik google

Takut Gemuk Ketika Bercuti ?

Setiap kali cuti sekolah atau cuti panjang bersambung-sambung, mesti ramai keluarga yang akan plan balik holiday sama ada pergi jalan-jalan ke tempat orang atau balik kampung. Di antara aktiviti paling menyeronokkan bersama keluarga selain dari mandi laut, pergi melancong atau pergi shopping, eh, mestilah pergi jalan-jalan cari makan kan?